Picture : http://www.the-natural-organic-baby.com/
Bukannya tak nak ambil maid yang baru malah dah ada offer pun, cumanya masih berat hati nak ambil yang baru setelah difikirkan masak-masak dengan cerita orang yang bermacam-macam ragam . Cerita anak kena tinggal dirumah, didera, maid dera anak, majikan dera maid, mencuri, bawak orang masuk rumah, cerita keluarga sakit dan nak balik, cerita nak naik gaji sebab tak nak balik, kos nak ambil maid meningkat dan lain-lain lagi..Setelah ditimbal, ditimbang kira, keputusannya kami hantar anak-anak ke nursery sahaja.Uwais dan Uzair bersekolah dari pagi hingga petang, Sarah sorang jea ke nursery..
Paling membimbangkan perasaanku, macamne la Sarah nanti yea...boleh ker dia menyesuaikan diri, hendak ker orang kat nursery to layan elok, makan suap lama2, minum susu ibu, pandai ker handle EBM, pandai ker handle Cloth Diaper dan macamana la kesihatan dia nanti...
Dalam pada tu sebab dah lama tak hantar anak ke nursery..ada Sapa2 ada tips untuk berkongsi...
SUSU EBM
1) Berapa banyak kebiasaan korang hantar susu EBM? (Sarah will be at Nursery from 7.00am to 6.00 pm, normally kat rumah minum 8 Oz, pagi dan petang sahaja)
2) Kebiasaannya camne keadaan susu EBM masa nak hantar pagi2?
- Samada dah cair, malam2 dah turunkan stok susu
- Masih beku, keluarkan ikut suhu bilik sejam sebelum minum dan kemudian panaskan dalam heater
- (ada bagi heater tak?)
3) Makanan, biasanya bagi makanan tak ke Nursery? Sarah dah setahun, ingatkan nak masak untuk dia atau bagi finger food kat dia.. Something simple jea macam Carrot atau fruit Finger atau bagi makanan lain macam pasta chees dan lain-lain sebab kekadang Sarah tak nak disuapkan makan, nak makan sendiri..
CLOTH DIAPER
4) Kebiasannya berapa banyak yang dibawa semasa di nursery? Ada tips tak macamana nak elak CD tertukar dengan orang lain...
PUTING SUSU
5) Puting susu apa korang bagi kalau nak menyusukan menggunakan botol? Sekarang nie guna NUK tapi susah betul nak masukkan...
Selain dari tu apa lagi yang patut selain pakaian dan toiletries ?
Minggu nie ingatkan nak hantar percubaan untuk Sarah, nak hantar 2-3 hari sahaja..kemudian selepas Hari Raya barukah full day..
p/s: terima kasih daun keladi..
Me,







10 comments:
Salam Nad, sian sarah nak kena gi nursery. Usually amik masa gak nak sesuaikan diri with new environment. Mcm iman..tukar nursery baru, dekat sebulan gak nangis. Pasal tips, ku kongsikan serba sedikit ^_^:
Nursery: Klo bley cari nursery yg boleh handle EBM & CD. Kalau tak ada, terangkan kat dorang mcm mana nak handle/print cara² nak panaskan EBM.
Makanan: Pihak nursery akan sediakan makanan, tapi klo nad nak bawa bekal utk sarah pon tak per.
CD: Slalunya ku bekalkan 3-4 CD. Silalah buat tanda utk mengelakkan CD dari tertukar ^_^. Bekalkan skali wet bag utk letak CD kotor, pesan ngan dorang jgn campurkan CD kotor ngan baju kotor dlm satu bag.
tu jerlah :)
Itu jer lah.
Fiza- nursery tu dah pernah handle EBM cuma tak tahu betul ker tak.. CD tu owner tu sendiri pernah guna dan memang dah ada wetbag.. thanks Fiza.. mungkin kene bagi print out what to do with the EBM..
kak..saya nak hantar darwisy tapi dok pikir nak ke org kat nursery tu bg darwisy susu sambil pegangkan botol..nak ke org nusery bg darwisy makan sambil berlari sana sini..nak ke org nursery tu bacakan buku untuk darwisy kalau dia nak tido..sok*sok* (macam2 dalam otak ni)
Nad, hugs to u..your worries tu normal pada FTWM macam kita ni...firstly, u mesti dah tanya A-Z kat nursery tu kan? Nursery mesti provide food cuma itulah..what they give tu yang questionable tu..
Ini jer yang me boleh share :
1) EBM - failure in this.for a year plus dah, me bekalkan 3 bottles & each I put 3oz, before this 4 bottles..but since they said Hambali liat minum, me reduce. And then lately dia LANGSUNG TAKNAK EBM..think you read abt this before.I will chat abt this woes soon.Guess, masa Sarah kat umah ngan maid should be the same-lah kat nursery
2) Food? me bekalkan home-cooked porridge daily for Hambali & Hanafi pulak akan breakfast kat rumah so only lunch ngan tea-time dia makan kat sana. ada juga one or 2 days me x bekalkan kalau penat sangat atau balik lewat..
3) CD...Both my boys mesti mandi before coming to nursery, fresh & clean..so for Hambali, me give 4 CDs (8-12pm :dari rumah, 12 - change, 4pm - bath & change..sampai kul 6-7pm. lagi dua extra, kalau kami sampai kul 8, Hambali akan change, tinggal 1 CD.
Nad, if u want EBM handling notes yg I dah pass kat my nursery, lemme know. I got both BM & BI.
Salam akak nad,
skrg ni banyak nursery yg dah boleh handle EBM & cd tapi akak tanya dulu .. derang boleh handle atau tak?
kalo pasal EBM nieza selalu bekalkan 1 botol fresh utk bekpes Zulaikha & 3 ketui EBM beku, kalo derang pandai handle EBM so patutnya derang dah pandai budget masa. Kalo akak risau .. kasi yang cair 2botol + beku 2botol.
utk CD .. 3keping dah cukup tp kalo wisau start dgn 4keping.
makanan zulaikha mmg nieza siapkan sendiri sbb zulaikha belum 2tahun soo nieza monitor makanan dia. tak payah bekalkan beria2 sbb ada budak2 lain kat nursery takut nanti bila budak2 tengok sarah makan, derang pun nak jugak .. soo bekalkan porridge sarah + beskut kudapan.
mama awisy-sama macam2 fikir dalam otak* tapi buat masa nie mmg terpaksa hantar ke nursery dan tu la nursery yang the best* yg dapat cari sebab owner dia sendiri handle EBM dan baby.. memang la the best jaga sendiri tapi option bekerja pun kita pilih kena la tolerate bende2 lain tapi mula-mula mmg susah nak adjust semua.. tak tahu la camne nanti .. harap semua dipermudahkan
hanz- thanks for the tips and noted .. Sarah pun macam susah nak minum EBM thru bottle tak tahu la puting kot problem sebab mak dan maid selalu jugak complaint certain types puting jea dia nak.. Hanz, EBM handling tu nak juga la notes tu
Nieza- kene tanya balik camne dia handle tapi nak provide notes juga..thanks yea kene provide food jugak yea..
baby I umur 4 bulan masa hntr nursery. i hantar dgn EBM beku tu je, then nursery akan masukkan dlm warmer, I rasa elok gak kalau u hantar warmer sekali ke nursery.
pastu baby I pun fussy bab2 teat nih, so i beli bottle MAM utk dia..alhamdulillah, dia leh minum dgn puting MAM tu, plus botolnya pun sng basuh
yatie- tak cuba lagi MAM teatand bottle.. kene cari dulu n thanks for sharing this info..
Post a Comment