Sambungan dari siri 1..
Tarikh 9/9/2009...genaplah-10-tahunsiri-1.
Ku kenal suamiku dirumahnya sewaktu dia baru pulang bercuti semester semasa belajar Part II, Architecture. Aku ditempatkan sementara aka menumpang rumah kawan Mak dan Abah aka Mertuaku sekarang sementara nak mendapatkan rumah sewa kerana dapat baru dapat kerja di Pekan. Orang kata kalau berkenalan kat tempat yang baik.. insyallah berakhir dengan baik..
Mula-mula sampai kat rumahnya, bukan main la Mak Bapak dan Mertuaku berborak sakan sebab dah lama tak jumpa ...bayangkan dah 25 tahun tak jumpa dan dengar kabar berita. Semua gambar anak-anak ditunjukkan dan sewaktu aku tengok gambar suamiku sekarang nie... boleh tahan juga (dalam hati la).. Masa aku tengok tu gambar dia berambut panjang paras bahu dengan muka ala-ala chinese sebab masa tu dia ala2 rugged skit dan aku pun memang rugged (masa muda2 dulu katakan)..
Semasa mula-mula suamiku sampai dirumahnya .. ayah dia dah beritahu padanya "ada seorang anak kawan ayah dia tumpang jangan terkejut plak"
Pertama kali bertentang mata takdelah macam cinta pandang pertama ker apa..
takde la dari mata turun ke hati.. takde apa biasa-biasa jea.. Dia dengan muka buat dunno...(dalam hati aku sombongnya) Aku pun buat hal aku la...
Walaupun ku dah dapat rumah sewa tetapi mertuaku nie still insist aku duduk ngan depa sebab takde kawan lagi untuk berkongsi rumah sewa tu... rumah sewa ada dan bayar bulan-bulan tapi banyaknya duduk rumah mertuaku.. Setiap petang selepas balik kerja juga Bapa Mertuaku akan mengambilku dari bandar Pekan dan hantar ke rumah...
Berminggu juga Suamiku ini bercuti tapi kitaorang tak pernah bertegur sapa kat dalam rumah ... Pada suatu hari entah macamana Pak Mertua suruh en Suami mengambilku pada waktu petang... (dalam hati, mamat nie plak ambil hari nie) Buat pertama kalinya kitaorang berbual masa dalam kereta tu... Suamiku nie jenis tak banyak cakap.. habis tu takan aku nak senyap jea buat sombong orang dah tolong ambil aku... takan nak senyap sunyi plak... (dalam hati, boleh plak dia berbual) Tapi sampai jea rumah automatik dia akan senyap dan buat takde apa-apa....peliknya.. Bermula hari tu, setiap hari la dia ambil aku balik kerja tapi sampai rumah automatic senyap...
Dalam bulan April 1999 kot kalau tak silap, mak dan abah nak datang singgah ke Pekan (tak ingat plak atas urusan apa).... Masa berjumpa seperti biasa suka sangat la, masak bermacam-macam lauk untuk meraikan sahabat mereka..
Mak dan Abah memang duduk tak lama, esoknya diaorang balik ke Jb semula..
Rupa-rupanya dalam senyap-senyap bapak mertuaku dan abah nie merancang nak menjodohkan kami, padan la petang tu juga abah dan bapa mertuaku keluar berdua..... masa nie apa agenda kitaorang pun tak tahu...
Pada suatu ketika, (aku pun tak tahu bila ) Mak Mertuaku nie dah bertanya pada suamiku tentang aku, dia pun suka tapi dia tak beritahu lagi dengan aku dia suka... Masa nie memang aku tak tahu apa-apa pun... Pagi waktu bekerja (tak ingat hari apa) bapa mertuaku datang ke pejabatku, terkejut aku apa hal la plak... rupa-rupanya dia bertanya padaku " merisik untuk jadi menantu" .. aku tak bagi jawapan terus... masa tu tak boleh buat kerja dah... Tak lama selepas tu En Suami pulak telefon ajak keluar pada petangnya selepas waktu pejabat...En Suami cerita, berdebar-debar masa nak ajak keluar, kalau aku tak nak keluar dating dengan dia, malunya dah la duduk serumah... Masa dia call tu memang aku cakap aku sibuk, entah macamana lepas tu aku call dia balik setuju...
Ingat lagi pada masa tu, first time dating...bukan keluar ke mana, dia ambil dari pejabat terus meronda-ronda ke Pulau Keladi (nama satu tempat di Pekan) .... dalam keluar tu lah dia bertanya padaku... aku memang confuse juga betul ke mamat nie suka kat aku, ker kena paksa ngan mak ngan ayah dia...dah la bapak dia datang tadi...macam-macam soalan aku tanya dia.. soalan tu biarlah rahsia..
Aku pun tak ingat bila aku setuju ngan En Suami .. tapi aku tak cakap setuju masa first time dating tu.. lupa plak... Tapi aku sempat solat Istikharah, sebenarnya masa tu aku baru clash ngan bf aku dalam sebulan juga lah.... Rupanya En Suami pun sama juga...Masa clash tu aku dah nekad malas nak bercintan..cintun... kalau ada orang nak masuk minang mmg aku terima jea tapi tak sangka plak secepat itu...
Macam-macam aku fikir, memang aku suka ngan family depa dan sebab utama aku terima En Suami sebab mak dan bapak dia....selain dia nampak baik dan cool jea .Nak cerita mertuaku
Mak mertua aku nie baik sangat orangnya.. kalau cakap ngan anak-anak yang kesemuanya lelaki lembut jea.. tak cerewet and very understanding walaupun aku still dengan caraku... aku memang baik ngan dia ...
Pak mertuaku pulak .. suka bercerita.. kitaorang suka duduk kat belakang ada satu port tempat lepak kemudian beliau akan bercerita mengenai masa-masa muda dulu.... Masa ngan Mak dan Abah.. susah senang berniaga...
Akhirnya setelah semua setuju, En Suami minta maknya cepat-cepat mengikat dengan cara yang betul... bulan Jun 1999 juga mereka datang merisik aku tapi yang lawaknya masa pergi merisik nie, aku ikut sekali dengan mereka satu kereta lagi :)... pergi sekali balik sekali... Tarikh 9/9/1999 juga ditetapkan tarikh bertunang... Oleh sebab En Suamiku nie tengah belajar, kami bertunang sehingga beliau habis belajar.. lebih kurang setahun setengah juga la... habis belajar sebulan terus kami kahwin pada 25 Mac 2001....
Masa bertunang tu la masa perkenalan dan kenal hati budi.. masa nie memang pilihanku tak salah .... En Suami pulak memang risau jugak nak bercinta sebab takut juga dia tengah belajar lagi.. boleh ker nak tumpu belajar sebab masa dia berkawan ngan exgf dia setiap dua minggu bergaduh... Alhamdulilah, dia boleh belajar dengan baik dan semua yang mendatang mudah sekali sampai dia tamat belajar dengan cemerlang ... Ingat lagi masa tu dia dapat antara Top Student Uitm (Anugerah Diraja kalau tak silap), aku baru mengandung anak pertama pada waktu itu kandunganku berusia 7 bulan....
Permulaan yang agak sukar bagi kitaorang sekeluarga pada mula berkahwin tapi ada orang lagi susah dari kitaorang ... Mula-mula berkahwin duduk rumah flat dua bilik jea, lepas tu pindah apartment 3 bilik dan akhirnya setahun yang lepas baru dapat duduk rumah sendiri dengan hasil usaha sendiri ... Rezeki setiap tahun juga bertambah.. dalam pada kegawatan ekonomi kami masih diberi rezeki olehnya.. Alhamdulilah sesangat pada Allah ... bersyukur sangat diberikan suami yang bertanggungjawab pada keluarga, tak pernah mengabaikan amanah yang diberikan, dikurniakan anak-anak yang sihat walafiat, rezeki yang tak berkurangan, mertua yang melayanku macam anak sendiri dan keluarga yang baik...
En Suami kalau baca nie mesti tersengih macam aku juga.. macam tak percaya jea... dalam perkahwinan nie memang banyak dugaan tapi cara kita menghadapi dugaan tu la yang penting.. Kena bertolak ansur, gaduh tu biasa la sedangkan lidah lagi tergigit nie kan pula suami isteri. Kalau seorang dengan berangin yang sorang lagi tak payah la nak ikut sama, lebih diam dari berkata-kata...Macam la aku expert kan.. masih jauh lagi perjalanan kami .. tapi yang pasti kasih sayang masih seperti dulu macam masa mula-mula bercinta dan malah semakin mendalam lagi dengan kehadiran anak-anak....Semoga perkahwinan kami nie kekal selama-lamanya sehingga berjumpa di syurga kembali..amin
Me,