Followers

Thursday, December 10, 2009

Penatnya... how u manage your time?




Google image

Minggu nie bermula kisahku yang penat.. maid less dan hantar semua anak-anakku ker nursery.. yea semua orang pun penatkan macam orang lain juga yang terpaksa melalui semua perkara nie setiap hari..

Minggu  nie juga tak sempat nak berbelanja membeli keperluan makanan basah .. lauk pauk dan sayuran sebab balik ke KL ahad lalu lambat dan hari isnin plak sibuk mengemas rumah.

Biasanya balik rumah, mandi, masak dan berkemas skit kemudian keluar balik dalam pukul 6 lebih mengambil diorang. Semalam sempat singgah ke Giant membeli barang keperluan rumah sikit dan sebab dah lewat terus ambil depa bertiga... aduh... hai...gamat dibuatnya balik2, masukkan Sarah dalam rumah dahulu, dah melalak plak si Sarah nie.. Si Uzair tolong tutupkan gate rumah dan abang Uwais plak dengan "stail dia" tolong angkatkan bag-bag yang ke nursery ... Maknya plak bergegas mengangkat barang-barang beli kat Giant....
Abang Uwais plak mententeramkan Sarah.. tapi tak menjadi... Maknya nie mengarahkan anak2 mengangkat barang ke dapur.... Sarah bila mak pegang senyap plak.. Rajin jugak depa setelah maknya jadi tarzan sekejap..Last-last semua orang menuju ke dapur...

Abang double "U" berdua kalau balik jea nursery macam orang kebuluran jea. Peti ais dibukak, plastik giant dibukak dan digeledah... hmmm... nak makan itu ini.. janjinya nak buat Chicken n Cheese Sandwich ... kena la makan apa yang ada dulu dan terpaksa ditunda sebab cik Sarah sorang dah kehausan campur kemengantukan, mak terpaksa menyusukannya dulu...huhuuhu...

Sebelum menyusu dan menidurkan sarah sempat mengangkat baju ke dalam bakul, masukkan barang-barang yang perlu ke peti ais dan mencari sharpener untuk budak2 nie mengasah pensel sebab tengah meroyan nak melukis. Maghrib pun menjelma ..mak tak sempat lagi nak mandi lagi .... huhu...

Banyak lagi benda nak buat.. 
  • basuh botol susu,
  • basuh pump,
  • basuh tupperware bekalan Sarah, 
  • cawan2 dan pinggan masa breakfast anak2 dan ayah,
  • belum clearkan pinggan mangkuk yang dah kering ke kabinet,
  • belum sedia makanan depa
  • singkan baju kotor ke bakul
  • asingkan CD sarah yang kotor ke dry pail
  • lipat baju yang dah kering
  • basuh baju pakai tangan Sarah
  • sapu dan bersihkan rumah
  • masukkan insert dalam CD,
  • setkan baju Sarah dan abang2 untuk esok
  • setkan botol susu dan susu untuk esok
  • setkan botol susu dan pump susu untuk esok
  • fikir apa nak masak untuk breakfast dan bekalkan makanan untuk sarah esok
Pukul 7.45 mlm, ayah balik sementara maknya nie tengah mandi dan sempat la sembahyang jemaah bersama.. Selepas tu Sarah plak merengek-rengek dalam bilik... Sambil menyusu kan Sarah, maknya nie pun tertido sekali ngan Sarah... Bangun balik dalam pukul 9.00 lebih dan menguruskan perkara-perkara diatas... anak-anak pun dah nak tido dan malam tadi ayah dia la yang buat dinner untuk anak-anak dan masa tu tengah melipat baju... thank you la laling muahh..  Tido dalam pukul 11.00 lebih jugak nie.. huwaaa.. tak sempat nak berbloging...

Buat sementara nie memang kelam kabut skit tak pandai lagi nak manage dan adjust time... How u all manage your time? Planning nak buat perancangan berjadual what to cook for next week, list of things to do for 1 week and daily.. belum buat lagi...

ok gtg

p/s: I'm sorry la tak dapat nak blog hop macam dulu..


Me,

Wednesday, December 9, 2009

Cuti Sekolah : Kali Pertama Menonton Wayang

Setelah membaca entry kekawan semua membawa anak-anak masing-masing menonton wayang terasa teruja pulak nak membawa anak-anak dan anak saudara menonton wayang...

Setelah berdiskusi sesama adik beradik ku, kami pun mengambil keputusan untuk menonton wayang pada waktu petang hari Rabu (yang lepas) kerana harganya lebih murah dari hari yang lain. Setelah lebih kurang +-8 tahun tak menonton wayang, mak budak plak yang teruja lebih... :>

Mula-mula masuk ... semua budak-budak tu bukan main "happy"... al maklum semua tak pernah masuk panggung wayang. Bayangkan kami semua seramai 11 orang...Anak saudara ku yang kembar dan Balqis dan mamanya, aku plak ngan Double U, Pak Tih n Mak Tih ,Cik yaya dan atuk, yang terpaksa ikut sebab kena jaga budak2....m


gigi uwais yang dah tumbuh


                            Balqis, Uwais yang ambil gambar jea buat muka


Harraz yang cari "ibu" masa tgk wayang

Humaira yang  ikut sama nangis  ;)

Balqis yang cerdik..


tengah bergumbira :>

The  5 kids.. first time tgk wayang

The three cousins

Cik Yaya n Abah yang cool


Pak Tih n Mak Tih yang rajin melayan anak2 buah



Pilih punya pilih, booked Christmas Carol... tapi kami tersalan pilih.. Hampas betul, cerita nie tak sesuai dengan budak2 kecik2 tu.. tersilap pilih cerita.... Bila berdentum bunyi hantu keluar, si kembar dah sibuk mencari ibu... ibu... nak ibu... nak ibu....Alamak, ibunya tak pergi sekali kerana tengah mabuk mengandung... selepas tu bagi minum milo.. ok kejap..Selepas tu start menangis plak... kembar yang satu lagi plak menangis... habis kecoh satu wayang tu.. Terpaksa la atuk dan Mak Tih keluar dari panggung setelah 1/2 jalan cerita... :>

Uwais dan Uzair, Qis relax jea..... risau juga melalak pulak... Uwais plak sibuk bertanya itu ini... Pengalaman pertama bagi semua anak2 ku dan anak saudara..  Uwais siap ajak tengok cerita kartun lain plak...  Tak tahulah bila plak selepas nie...moral of the story lain kali kene selidik betul2 cerita yang sesuai untuk kanak-kanak  :>

Yang lawaknya bila ajak  Jom Harraz tengok wayang... dia jawab " tak nak"" tak nak" kami ketawa beramai -ramai jea..

p.s : Tahniah Mak Chu dah mengandung sebulan dan Mak Da yang dah 3 bulan... yeay  dapat anak buah lagi..:>

Me,

Saturday, December 5, 2009

Cuti Sekolah : Bermain layang-layang

Pengalaman kali kedua untuk double "U" nie first time main di Putrajaya selepas tu terperuk plak layang-layang tu kat rumah. Kali nie bermain layang - layang  ngan sepupunya.. si kecik molek semua .. Pak Da , Mak Da, Mak Chu, Qis, Harraz, Humaira.. .

Layan jea la gambar2.... masa nie pun tak pergi menemankan depa 












Yang layang-layang berkembar tu depa punya (testing bambar bergerak)


Sedapnya milo... penat dan panas kot masa nie..

Mak Chu tengah bersemangat waja

Yang hebat bermain layang-layang anak saudaraku yang keletah sorang nie si Balqis.. semua tak reti main dia jea yang terror


Me,

Friday, December 4, 2009

Cuti Sekolah: Swimming plak




Hari nie berkampung kat swimming pool kat Mutiara Kompleks.. betul la tu kot namanya .. pagi-pagi lagi dah sibuk bersiap untuk ke situ.. dengan berbekalkan roti sandwich telur dan air masak...


Qis yang Ceksi, Humaira yang cool n Uzair yang macho



Sarah yang cool.. tido dalam air :>

Yang paling cool ialah Sarah... relax jea ... tak nangis macam sepupunya yang lain.. Uwais dan Uzair plak memang suka air..... kalau berada disitu memang akan riuh rendah dengan suara anak2 saudara ku menjerit dan menangis  ... sabar jea.... dah lama selepas tu baru boleh tergoda masuk pool setelah di pujuk rayu oleh Uwais dan Mak Chu... Sarah plak selepas penat diusung satu persatu dari kids pool ke adult pool, boleh plak tertido sambil baring ngan Pak Chu kat dalam air... Very the cool...  :>




Uwais  yang masih takut air dalam..

Me, masih tak terror2 lagi berenang.. yang paling terror Abah dan Pak Chu.. yang lain tu oklah boleh la nak buat kuak bebas dan telentang.. tapi muka habis sunburn... ishh merah padam dibuatnya tapi yang penting seronok.. :>

p/s: Baju swimming baru pun telah dirasmikan setelah baru beli kat Arena JJ .. nie kiranya hadiah birthday baju swimming .. beli sendiri jea.. n thanks Pak Chu n Mak Chu belanja yea...

Me,

Cuti Sekolah: Danga Bay lagi

Seronok lagi  double U, kali nie Pak Tih n  Mak Tih bawa berjalan ke Danga Bay... bermain sakan sampai rumah pun dah malam dan terus tidur..
Mak dan ayah dah lama tak menjejak kan kaki ke  Danga Bay nie.... Salah satu tempat yang mesti dilawati oleh abang U berdua nie kalau ke JB... Selain ada bermacam mainan untuk budak2 nie, ada keretapi yang boleh dinaiki oleh pengunjung untuk melihat sekitar Danga Bay yang besar juga, kalau jalan mau berpeluh.. Dulu masa budak2 nie kecik mesti naik train nie, seorang RM2.00 tapi sekarang dah naik harga kot.. Naik ramai-ramai pusing satu kawasan... budak2 nie suka sangat naik train...

Disini ada tempat permainan kanak-kanak, tempat bermain skate board, boleh jet ski, ada boat  yang boleh pusing2 sekitar kawasan, ada bermacam tempat makanan,bermacam gerai juga, boleh tengok org buat "show" menyanyi  tapi kena berwaspada kebiasaannya ramai orang dan banyak "pick pocket". Dah lama tak kesana..

Layan gambar Uwais dan Uzair dengan Mak Tih dan Pak Tih











p/s: thank you Pak Tih n Mak Tih

Me,

Cuti Sekolah : Raya cum Birthday Celebration

Seronoknya balik kampung kali nie macam2 benda buat..
Sampai rumah dan makan2 sakan.. Mak Tih masak macam2 dan  menunggu2 kedatangan kitaorang pada hari pertama

Hari Raya Haji.. beraya sakan saner sini ke rumah saudara mara sebab hari raya aidilfitri kan tak balik .. kali nie kira menziarahi 2-3 rumah dalam satu hari.. malam tu kena balik awal nak tengok Nur Kasih... ending yea sedih plak...

Esoknya hari sabtu...
Planning buat birthday party dan baca doa selamat  abah dan mak ros selamat hari tu accident .... Tunggu -tunggu pukul 8.00 malam lebih masih ramai tak sampai.. Lastnya planning ambil gambar satu family .. .. susah juga nak bergambar semua orang ada.. semua dipaksa rela pakai baju melayu dan baju kurung....ohh dah la tak sedondon satu family



- Selepas bergambar sakan, baru start majlisnya..  Kek satu share 4 orang... kek Cheese Hazelnut  Secret Recipe.. semua kata sedap, "satay wak Rado" dan "bubur lambuk kedah stail" pun sedap... buah2an... bila jumpa ramai-ramai berborak la sakan... bercerita dan bersembang sakan


Cake Share 4 orang yang sedap.. malam tu juga licin



Sesi candid camera... :>

Ohh sesi control ayu dan macho..

nie gambar candid)
Dari kanan bawah :
Harraz, Uwais, Uzair, Humaira, Balqis
Mak Tih, Tuk Da, Atuk, Sarah, Nenek, Pak Tih
Cik Yaya, Pak Long, Me, Hubby, Mak Da,Pak Da, Mak Cu dan Pak Cu



-Budak-budak paling seronok, walaupun sibuk bermain tapi still ada cikgu aka Mak Tih  mengajar matematik dan mak tukang print sheet for  colouring , tracing dan drawing

- Macam2 planning nya nak buat dari main layang-layang pada petangnya, bowling, swimming, tgk wayang , danga bay, melawat zoo dalam masa seminggu nie...harap semua menjadi

p/s: ayah telefon balik ke KL jammed gila semalam samapi rumah pun pukul 10.30 malam .. elektrik plak tendang.. aduihh.. barang2 yang dalam peti ais semua rosak.. hmmm nasib baik bawak balik susu EBM ke JB.

Sunday, November 29, 2009

Cuti Sekolah: Cerita Hafazan


Program Cuti Sekolah
Hari pertama ke kelas Hafazan pada 23 Nov 2009 yang lalu, ku rasa nie juga kali pertama Uwais dan Uzair diperkenalkan dengan Surah Yassin....(patutnya awal lagi tapi takpe never too late then never kan)

Balik rumah pada petangnya, Uwais bercerita hari nie belajar Surah Yassin, kelas tu pun tak ramai dalam 5 orang...

Surah Yassin nie jantung atau hati Al Quran dia menyampaikan apa yang diajar oleh Ustazah....
" Syaitan terjadi dari api kan, Uwais berkata lagi
"Kita boleh simbah dengan air ke? Uwais bercerita, Ustazah tu bertanya lagi.. "Tak boleh kan, sebab itu kita kena baca Surah Yassin, jadi jika syaitan dekat dan kacau kita , Allah akan tolong hambanya dan boleh jauhkan diri kita dari syaitan" sambungnya lagi "Macam air yang besar/ banyak boleh lenyapkan api (syaitan)..."

Pelajaran pertama, untuk hari pertama dah boleh la 2-3 ayat dibacanya.. :>


Info menarik yang kujumpa..

1)Persoalan tentang  surah Yasin adalah jantung /hati Al -Quran nak tau lebih lanjut kat sini hadis-yasin-adalah-jantunghati-al quran?,
hmm nak bagi komen tentang nie ku pun kurang arif tetapi pada pendapatku apa sahaja Surah dalam Al-Quran memang elok dibaca,difahami, diambil iktibar dan diamalkan dan tak salah kalau nak amal baca Yassin pada setiap malam jumaat pun daripada buat perkara yang tak berfaedah.

2) IKTIBAR DARIPADA KISAH DALAM SURAH YASIN


www.Halaqahnet.
Oleh : abuaqil ( http://ceria.my/proquransunnah/ )

Surah Yasin merupakan surah yang popular di kalangan masyarakat melayu. Surah ini sering dibaca secara tetap pada setiap malam Jumaat. Surah ini juga dibaca setelah diadakan solat hajat bila musibah menimpa kaum muslimin. Bila ingin memasuki rumah baru pun dibaca surah Yasin. Bila tiba hari-hari kebesaran seperti sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan dan hari pahlawan surah inilah yang menjadi pilihan untuk ditadarus secara beramai-ramai.



Surah Yasin ini amat dekat di hati masyarakat kita berbanding 113 surah yang lain di dalam al-Quran al-Karim sehingga ayat demi ayat dapat diingati tanpa melihat kepada mushaf kerana kebiasaan membacanya. Namun demikian tidak ramai yang menghayati kisah yang terdapat dalam surah tersebut untuk dijadikan iktibar dan pegangan hidup. Penulisan ringkas ini akan mengupas kisah menarik yang terkandung dalam surah tersebut.



Di dalam surah Yasin, Allah merakamkan satu kisah yang menarik untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembacanya. Sepertimana firman Allah SWT :

وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلاً أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَآءَهَا الْمُرْسَلُونَ {13} إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ {14} قَالُوا مَآأَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَآأَنزَلَ الرَّحْمَنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ تَكْذِبُونَ {15} قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ {16} وَمَاعَلَيْنَآ إِلاَّ الْبَلاَغُ الْمُبِينُ {17}



Bermaksud :

Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.(Yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) ketiga,maka ketiga utusan itu berkata:"Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu".Mereka menjawab:"Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka."Mereka berkata:"Rabb kami lebih mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu.Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas".



Sesungguhnya ahli sejarah dan ahli-ahli tasir berselisih pendapat tentang penduduk negeri yang mendustakan para rasul dalam surah Yasin ini. Antaranya berpendapat ia adalah penduduk Antakiyyah sebagaimana nukilan Ibn Ishaq daripada Ibn Abbas dan Ka’ab al-Ahbar.



Ahli Mufassirin juga berbeza pendapat tentang para utusan yang disebut. Ada yang berpendapat mereka adalah pembantu Nabi Isa as ( hawariyyun). Namun demikian Imam Ibn Kathir menolak kedua-dua pendapat ini.



Kita tidak perlu membuang masa menentukan negeri apa atau siapa utusan yang dihantar. Kerana sekiranya diketahui nama negeri tersebut berfaedah kepada kita nescaya Allah telah menyatakannya secara terang di dalam al-Quran. Sesungguhnya al-Quran diturunkan untuk difahami dan dihayati isi kandungan dan diambil pengajaran daripada kisah di dalamnya tanpa perlu ditekankan di mana dan siapa yang terlibat sebagaimana kaedah usul al-tafsir : Pengajaran di dalam al-Quran dengan lafaz umum bukan dikhususkan dengan sebab tertentu.


Pendustaan penduduk Mekah terhadap dakwah Rasulullah saw sama dengan pendustaan penduduk dalam surah ini terhadap dua orang rasul yang diutuskan. Maka Allah menguatkan dakwah mereka berdua dengan diutus seorang lagi rasul. Namun pendustaan penduduk semakin melampau dari semasa ke semasa. Allah berfirman :



قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ {18} قَالُوا طَآئِرُكُم مَّعَكُمْ أَئِن ذُكِّرْتُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ {19}



Mereka menjawab:"Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan mereajam kamu dan kamu pasti akan mendapatkan siksa yang pedih dari kami".Utusan-utasan itu berkata:"Kemalangan kamu itu adalah karena kamu sendiri.Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)?.Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas. "



Mereka menuduh para rasul hanya membawa sial dan musibah kepada mereka. Sekiranya sesuatu keburukan menimpa mereka semuanya berpunca daripada para utusan tersebut. Padahal kesyirikan mereka yang membuat mereka berada dalam nasib malang dengan ditimpa kesusahan dan nikmat terhalang.



Penduduk ini juga mengugut akan membunuh mereka dengan direjam dengan batu dan akan mendapat seksaan yang pedih sekiranya mereka meneruskan dakwah tersebut. Dengan demikian dakwah para utusan ke arah mengesakan Allah dan beribadat hanya kepadaNya ditolak sama sekali.



وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَاقَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ {20} اتَّبِعُوا مَن لاَّيَسْئَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ {21} وَمَالِيَ لآأَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ {22} ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ ءَالِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَـنُ بِضُرٍّ لاَّتُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلاَيُنقِذُونَ {23} إِنِّي إِذًا لَّفِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ {24} إِنِّي ءَامَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ {25}



”Dan datanglah dari ujung kota seorang laki-laki (Habib An Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata:"Hai kaumku ikutilah utusan-utusan itu.Ikutilah orang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (Ilah) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan? Mengapa aku akan menyembah ilah-ilah selain-Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Rabbmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.



Bila penduduk tersebut merancang untuk membunuh para utusan itu, tiba-tiba datang seorang lelaki daripada pinggir bandar memberi nasihat dengan penuh hikmah kepada penduduknya agar beriman dengan risalah yang dibawa oleh para rasul. Namun demikian penduduk tidak menerima nasihatnya malah elaki tersebut dibunuh dengan kejam. Ibn Mas’ud berkata : lelaki itu dipijak-pijak hingga terkeluar usus daripada duburnya. Maka mati syahidlah lelaki tersebut.



Siapakah lelaki tersebut? Kebanyakan ulama’ tafsir berpendapat lelaki tersebut ialah Habib al-Najjar sebagaimana pendapat Ibn Abbas, Qatadah dan al-Sudiy sepertimana dinukilkan dalam tafsir Ibn Kathir.



قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَالَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ {26} بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ {27} * وَمَآأَنزَلْنَا عَلَى قَوْمِهِ مِن بَعْدِهِ مِن جُندٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ {28} إِن كَانَتْ إِلاَّ صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ {29}

Dikatakan (kepadanya):"Masuklah ke surga".Ia berkata:"Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, apa yang menyebabkan Rabbku memberikan ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan".Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal) suatu pasukanpun dari langit dan tidak layak Kami menurunkannya.Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.


Antara keistimewaan kisah dalam al-Quran ialah bukan sahaja menceritakan kisah yang telah berlaku malah dirakam juga perkara ghaib yang mustahil diketahuinya melainkan dengan wahyu Allah SWT. Dalam kisah ini Allah memaklumkan bahawa lelaki yang dibunuh secara kejam hanya semata-mata kerana menyuruh kepada tauhid mendapat kemuliaan di sisi Tuhannya di atas keimanan dan keikhlasannya. Sebagai ganjarannya dia dimasukkan ke syurga. Apabila dia melihat kemuliaan, keampunan dan ganjaran di sisi Allah dia berangan-angan alangkah baiknya sekira kaumnya mengetahui apa yang dia perolehi pada waktu itu nescaya mereka tidak akan menolak risalah para utusan.

Sebagai balasan terhadap pendustaan risalah para rasulNya dan kezaliman yang dilakukan terhadap walinya Allah membinasakan kaum tersebut dengan satu teriakan yang dahsyat menyebabkan mereka semua mati bergelimpangan.

Kisah ini mengandungi banyak iktibar yang boleh dijadikan pedoman hidup kita, antaranya ialah ;


1. Dakwah menegakkan kebenaran perlu diteruskan walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai.

2. Dakwah perlu dilaksanakan dengan hikmah dan dengan pengajaran yang baik.

3. Kita hendaklah istiqamah dan berpegang teguh dengan tauhid dan mempertahankannya walaupun menghadapi kesulitan dan kesusahan.

4. Individu dan tempat yang terdapat dalam kisah al-Quran bukan keutamaan untuk diketahui tetapi pengajaran dan iktibar yang perlu diambil perhatian untuk dijadikan pedoman hidup.

5. Sesiapa sahaja yang melakukan pengorbanan untuk mempertahankan agama akan mendapat keampunan dan kemuliaan di sisi Allah SWT.

6. Setiap penderhakaan terhadap Allah pasti akan mendapat balasan sama ada di dunia atau di akhirat.

7. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Allah berkemampuan untuk menghancurkan kaum yang engkar dengan pelbagai cara. Antaranya dengan tempikan yang kuat.

RUJUKAN :

- Mukhtasar Ibn Kathir

- Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’diy

- Safwat al-Tafasir, Muhammad Aliy al-sabuniy

- Qasas al-Quran, Dr. Muhammad Bakr Ismail

p/s: schedule entry nie..
Me,

Interactive Audio Recitation andTranslation

Where Moms Unite Homeschool

My Blog List

E Shop

Quick Linker

 

my sweet lil' princess | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates